Citra Indah Lestari


Citra Indah Lestari ni bermaksud gambaran indah abadi milik aku. Blog yg aku create ni agak skemarama skit banding blog yg pernah aku ada sebelum ini (meleleh la konon.. Perasan! Ekeke) lebih menceritakan peribadi yg aku ingin kongsikan kpd sesapa shj yg berminat nak tahu ttg serba skit background & life aku. Dan aku tak perlu beri kredit blog kepada sesapa sbb isi blog ni totally hak 100% milik aku (Aku kan blogger berdisplin. Ekekeke).

Sebelum aku berceloteh panjang lebar, Aku ingin menadah tangan kepada Allah SWT atas limpahan kurnianya selama aku hidup di dunia ini. Mudah2an life aku akn semakin baik di masa hadapan. Aku percaya setiap yg baik itu datang dari Allah & yg buruk itu datang dari diri aku sendiri. Aku bkn insan sempurna tp aku ingin berusaha utk menjadikan diri aku
semakin baik.



Hidup aku lebih tenang & bahagia bersama teman & keluarga. Bagi aku keluarga adalah teman yg terbaik sebab darah yg mengalir ditubuh mereka adalah darah aku juga. Pesan kakak aku, air yg dicincang tak akan putus & pesan abang aku, tiada teman yg kekal di dunia melainkan keluarga sendiri kerana org yg tiada pertalian darah itu mudah datang & pergi. Aku sentiasa mind set bahawa jika kita dikhianati kawan biarlah kita berundur & ingatlah masih ramai lagi kawan dlm dunia ini menanti diri kita utk hadir dalam hidup mereka. Bagi aku kualiti kawan itu patut dinilai & bkn kuantiti. Alhamdulillah setakat ini aku dikurniakan kawan2 yg walupun sedikit bilangannya tapi berkualiti. Bagi aku kawan yg baik adalah kawan yg tidak pernah berputus asa dlm membentuk jati diri kita. Aku boleh berkawan dgn sesiapa shj yg sudi tapi terus terang aku katakan aku tidak berminat utk terima kawan2 yg mengajar aku clubbing & bebas tak tentu hala. Aku tak amalkan tag line "Ada aku kesah?" (sebut ala2 Azwan Ali Si Mulut Laser dlm Cak! Cak! tu.. Huhuhu) Thats is not me! Aku tetap alert dgn persekitaran sbb aku hidup bermasyarakat (Cewah!).

Aku dilahirkan berbintang cancer. Aku seorang yg sentiasa ingin mencapai tahap perfectionist (dah mcm Tiara Jacquelina la plak.. Hahaha). Even baju di almari pon aku akn pastikan ia dilipat & disusun sama saiz. Tapi aku tak lah sampai ambil pembaris ukur macam watak dlm cerita Dunia Baru tu. Ekekeke. Aku nampak je serius tapi bg yg rapat akn lebih mengenali diri aku yg sebenar. Aku suka gelak (sbb gelak tu awet muda.. Ekekeke), mengkritik & dikritik (tanda aku ni prihatin). Apa jua kritikan yg baik aku akan ambil sbg sesuatu yg positif. Bagi aku org yg tidak boleh ditegur adalah org yg sgt bodoh & angkuh.



Hobi aku yg paling utama dah tentu la photografi & videografi. Dah byk gak photo & video yg aku hasilkan. Selain tu aku suka main PSP. Ke mana saja aku mesti bwk PSP kesayanganku. Kadang2 kakak aku cukup bengang tiap kali aku main PSP kat kg. Ekekeke. Bila dah penat aku suka layan astro. Citer ulang2 lebih 10 kali pon aku layan. Bebaru ni langgan mustika (citra,warna & b4u). So, sampai skrg dah tak terlayan.




Hari berganti hari, usia ttp akn menjelang senja. Di masa hadapan, aku bercita2 menambahkan lagi ilmu & bina kerjaya yg mantap. Aku ingin mengumpul seberapa byk material utk keperluan hari tua. Aku juga merancang utk memiliki Si Comel yg akn aku corakkan mengikut acuan aku sendiri. Harap segalanya bermula di sini.




Doa aku semoga Allah memberi aku rezeki, kesihatan, keselamatan, kebahagiaan, kejayaan dunia akhirat & anugerah masa yg berpanjangan. Sebagai anak aku memohon semoga hidup Bonda tersayang diberkati Allah & mencucuri rahmat ke atas roh Ayahanda tercinta serta dimasukkan ke dlm syurga bersama org2 beriman. Sebagai adik, aku sentiasa mendoakan semoga aku & kekanda2 semua tetap bersatu. Untuk teman yg mengenali semoga Allah saja yg dpt membalas segalanya. Baik yg diberi maka baik juga yg diterima & jika sebaliknya biarlah takdir tentukan. What comes around goes around. Amin.




Agenda tahun 2009 :



Besday Cik Tini 9 Jan / Holiday Penang 23 Jan / Holiday Melaka 14 Feb / Tonton Konsert AF Bkt Jalil 21 Mar / Celebrate Besday Kak Ain 3 Mei / Celebrate Anniversary 25 Mei / Besday Kak Izan 26 Mei / Majlis kawin Elly 7 Jun / Majlis Kawin Zami-Falah kat Segamat / Jalan2 Segamat-Muar / Lanjutkan pelajaran pd Jun @ Jul / Holiday Sarawak 10-12 Jul / Besday aku 14 Jul / Photography Canon Class / Photography Cert Basic-Intermediate / Nikah Naza 1 Nov / Celebrate besday Baby & Wan 7 Nov / Majlis kawin Naza & sambut raya haji kat KL 27 Nov / Majlis kawin Naza kat Perak 5 Dis / Sebana Kota Tinggi 26 Dis



Agenda tahun 2010 :



Flight JB-KLIA 08 Jan / Flight LCCT-Langkawi 09 Jan