Akademi Fantasia


PENGALAMAN meluangkan masa menonton Konsert kedua Akademi Fantasia, tepat jam 9:00 malam pada 21 March 2009 secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil adalah suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Aku duduk dibarisan 4 dari hadapan dapat menyaksikan crew Akademi Fantasia sedang sibuk mengatur dan menjalankan tugasan masing-masing.
Tenaga Pengajar seperti Siti Hajar, Fatimah, Shafee, Ida Nerina, Aris dan pengetua Tiara memenuhi barisan hadapan. Turut memenuhi barisan hadapan, kedua dan ketiga adalah wartawan, rakan media, bekas peserta tersingkir dan VVIP.

Penyokong pelajar datang bersama banner masing-masing. Ternampak juga Zul, penyanyi kumpulan 2 By 2 yang juga suami kepada ibu beranak lima iaitu Isma yang datang memberi sokongan bersama penyokong Isma yang lain.

Jeritan peminat fanatik Akademi Fantasia juga turut memecahkan suasana stadium. Diaorg berdiri di sisi pentas sepanjang konsert berlangsung.

Konsert Akademi Fantasia 7 minggu kedua ini tidak lengkap tanpa AC Mizal sebagai pengacara. Orangnya mmg kelakar, bertubuh kurus tinggi dan bergaya.

Akademi Fantasia telah memilih 14 orang pelajar yg juga mempunyai vokal dan beraksi dengan baik untuk persembahan mereka. Pelajar terdiri daripada Obri, Aril, Akim, Sidi, Hafiz, Qhauhd, Yazid, Isma, Claudia, Adila, Rini, Zizi, Aishah dan Rubisa. Julung kalinya mereka mempersembahan tarian dan nyanyian lagu Akademi Fantasia. Untuk Konsert kedua ini mereka memperlihatkan taq line masing-masing.

Untuk malam konsert ini mereka menyanyikan 2 buah lagu secara medly. Setiap persembahan juga dikritik oleh pengkritik tetap dan juga jemputan.

Adila adalah pelajar pertama tersingkir utk Akademi Fantasia 7 ni.

Ini adalah antara gambar2 yg sempat aku ambil. Kepada yg berminat nk simpan gambar2 ni boleh la ambil dari blog aku ni & tak perlu beri apa2 kredit pada aku. Ekekeke.


























































Laman Utama / Layar Bahtera / Penanda Buku / Oh! Wayang / Kunci Hati Ku / Terbang Ke Awan / Sebalik Mata Pena / Setajam Mata Pensil / Akademi Fantasia / 14 Julai / Selagi Mampu Melangkah / Idola Ku / Laman Hijau / Demi Masa / Dari Kaca Mata / Bijak Bestari / Simpan Segalanya / Like No Other / Just Do It / Sekecil Tapak Kaki / Ring! Ring! Ring! / Gila Bola

Tiada ulasan:

Catat Ulasan