Idola Ku


Idola ku bukan lah Tun Mahathir, bukan Bill Clinton & bukan Nelson Mandella tapi ayahanda ku sendiri. Ayahanda aku hanya insan biasa yg aku panggil 'Abah'. Ayahanda dulu bekerja di Talikom (ejaan lama & skrg lebih dikenali Syt Telekom Malaysia). Dalam masa yg sama Ayahanda seorang pemimpin yg sentiasa memperjuangkan hak masyarakat. Bagi Ayahanda politik dlm UMNO & Barisan Nasional sudah menjadi darah dagingnya.

Aku masih ingat, sejak kecil lagi aku dah biasa melihat Ayahanda berkempen & mengadakan mesyuarat UMNO. Biasanya laman rumah lama aku akn menjadi markas semua aktiviti. Bendera UMNO & juga Barisan Nasional sentiasa berada di mana2. Pernah juga aku lipat2 kertas banner Barisan Nasional tu aku bentukkan kapal. Hahahaha.

Ayahanda byk juga menerima Anugerah kerana mengenang jasa & bakti kepada masyarakat & negara. Dia dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) dari Agong Sultan Azlan Shah & Pingat Ibrahim Sultan (P.I.S) dari Sultan Johor.

Ayahanda seorang yg tegas tapi lembut. Suka tersenyum & berbudi bahasa. Dia tak pernah meninggi suara. Ayahanda juga sgt tepat pada masa & tak pernah mungkir janji. Dia tak suka melepak di Kedai Kopi. Ayahanda tak suka bergosip & membuang masa.

Ayahanda suka bercucuk tanam bila dia ada masa lapang. Favorite ayahanda dah semestinya ubi. Dulu depan rumah aku penuh dgn ubi. Puas la juga Mak pelbagaikan resepi dgn ubi. Selain ubi ayahanda suka tanam pokok betik, mangga & byk lagi la tanaman.

Tahun 2004, Ayahanda datang bersama Bonda utk meraikan Konvokesyen aku di Universiti Islam Antarabangsa. Saat manis tu sukar utk aku lupakan sampai bila2 pon. Hadiah paling berharga yg mampu ku berikan adalah apabila aku berjaya menjadi top best student dgn meraih Anugerah Bestari. Semuanya kerana berkat doa Ayahanda & Bonda sehingga aku berjaya. Aku masih ingat lagi setiap kali aku nk exam, aku mesti call Ayahanda supaya dia doakan aku lulus dgn cemerlang. Doanya itulah yg membuatkan aku yakin dlm setiap exam yg aku ambil.

Usia Ayahanda yg semakin tua membataskan Ayahanda utk bergerak lagi. Awal tahun 2007 Ayahanda mula jatuh sakit & beberapa kali dimasukkan ke Hospital Kerajaan & Hospital Pakar Johor. Ayahanda akhirnya dirawat di rumah. Waktu tu bilik ayahanda dirumah diatur sama mcm hospital. Lengkap dgn peralatan, special bed, aircond dibuka 24 jam & nurse akan dtg merawat Ayahanda. Sepanjang Ayahanda sakit, Kak Yah, Bonda & Pembantu rumah yg akn jaga keperluan Ayahanda setiap masa.
14 Disember 2007, Ayahanda dimasukkan ke Hospital sebab demam panas & tak sedarkan diri. Aku masih ingat lagi waktu tu, aku menemani Ayahanda buat kali terakhir. 17 Disember 2007, tepat jam 7:05 pm Ayahanda ku yg tercinta kembali kerahmatullah. Innalillahiwainnalillahirajiun. Sebaik saja Ayahanda hembuskan nafasnya yg terakhir, azan magrib terus berkumandang menandakan Ayahanda pergi tak akan kembali. Hujan yg turun dgn lebat itu seolah turut menanggis sekali.

Malam Ayahanda meninggal, rumah aku tak putus2 dikunjungi tetamu yg datang utk memberi penghormatan terakhir utknya. Malam itu juga aku tidur sebelah Ayahanda sbb aku tahu hanya hari itu saja yg aku ada utk meratapi & bersama Ayahanda buat terakhir kalinya.

18 Disember 2007, jenazah Ayahanda selamat disempurnakan. Sebelum dikebumikan aku sempat mengucup & memeluk Ayahanda. Menyapu mukanya ke muka ku agar wajahnya akn ku ingat sepanjang hayatku. Aku lah juga antara org pertama yg sampai di Tanah Perkuburan utk melihat Ayahanda sebelum di kebumikan.

Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat Allah & di masukkan ke dalam syurga bersama org2 beriman. Yasin & Al-Fatihah buat Ayahanda. Amin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan