Mia Zara

Mesti ada yang tertanya siapakah Mia Zara? Ekekeke. Mia Zara adalah nama Camera Canon DSLR EOS D1000 yang baru je aku miliki bermula semalam. Aku namakan camera ni Mia Zara sempena mengambil nama tajuk cerita & watak dalam cereka bersiri yang pernah ditayangkan di tv 3 suatu masa dulu.

Biarlah aku cite serba skit tentang Cerita Mia Zara ni. Mia Zara adalah ank bungsu kepada ahli perniagaan yang kaya. Ayahnya memaksa dia berkahwin dgn pilihan ayahnya. Namun Mia Zara menolak & melarikan diri pada hari pernikahannya.

Sejak itu Mia Zara hidup susah dan terpaksa berdikari sendiri. Kerjaya pertama Mia Zara adalah sebagai budak penjaga kedai gambar. Atas berkat kesabaran & rase tercabar, akhirnya dia diberi kepercayaan untuk belajar dari bawah mengendalikan serta mengembangkan perniagaan kedai gambar milik seorang peniaga cina yang juga bersendirian sepertinya. Dari perniagaan kecil & hanya budak suruhan, Mia Zara mampu menjadi photografer terkenal & diberi share syarikat. Pemilik kedai gambar pun sudah mengaanggap Mia Zara sebagai anaknya sendiri.

Begitulah tentang kehidupan selagi kita masih bernafas, kita tak akan terlepas dari dugaan. Setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik.

Lagi tentang :



2 ulasan:

  1. pinjam kamera!!!!! hehehehe... biler nak dtg umah???

    BalasPadam
  2. Hihihi.... Bile wat open haus? Leh la kite amik pic kalu Cik Lily nak posing.... Kalu free dtg le umah kat permas leh jamu mee maggi.. ekekeke.

    BalasPadam