Desa Tercinta

28 Jun 2009, aktiviti minum air kelapa gading, makan rambutan & buat kuih seri muka durian. Air kelapa gading mmg bagus utk perubatan tradisi.

27 Jun 2009, waktu petang aku & family berkumpul kat umah Abang kpd Abg Mie sbb anak lelaki dia kawin. Dia buat majlis kecik2 jer tapi mcm2 makanan ada. Antaranya Nasi Jagung, Lontong, Bubur Kacang Durian, kuih muih & buah2an.

Balik je dari kenduri kawin, aku, Kak Izan & Tini pecut lik kg shopping utk BBQ malam tu. Seronok gak bile berkumpul ramai2. Biasanya BBQ mmg cara family aku gethering2 tak kira kat mana pun. Ekekeke.

So menu utk malam tu, ayam bbq, ikan kembung tempoyak bbq (resepi kak ain), serawa durian yg dimakan dgn biskut, spagetti goreng, jagung, nugget & mcm2 lg. Ikan kembung tempoyak tu la 1st time aku try seumur hidup aku. Sedap gak. Yummyyyy!
Sekali lagi Cik Tini kita turun dapur main masak2. Hahahaha. Kakak2 aku mmg suka ajar dia masak & dia pon suka nk blajar tapi nk praktik balik rumah ntah bila ye Cik Tini? Ekekeke. Hari ni 21 Jun 2009, aku balik kg sbb skrg musim buah2an. Turun je dari kereta rambutan dah menanti. Skrg ni musim durian, rambutan & manggis. Puas la gak makan smpi dah tak termakan. So, utk ari ni aktiviti kat dapur buat kuih koci & bubur kacang.

Kak Ain lak datang 1 family bwk durian. Fuyooo! Smpi panas badan aku. Ekekeke. Then, Kak Izan lak datang dgn Wan. So, aktiviti makan rambutan. Ermm.. Makan! Makan! Lagi2 Makan!. Ekekeke.

Satu ayat yg aku belajar hari ni, "adakalanya kita akn rasa hidup ni seperti berulang-ulang tapi kita kena pastikan yg diri kita hari ini adalah lebih baik dari semalam". Huhuhuhu.

Kat bawah ni gambar pembantu rumah mak aku. Family aku panggil dia Seri (Berseri ke dia? Ekekeke.. Gurau jerk!). Dia ni dari Indonesia & dah hampir 3 tahun kerja kat umah mak aku. Aku rasa dialah pembantu rumah yg paling bertuah kot dalam dunia ni sbb family aku jenis tak memaksa dia buat keja & dia pon byk releks tak seperti pembantu rumah lain (Hopefully, keturunan family aku juga, andai kata bekerja dgn org akn dpt balasan baik juga).

Yang tgh masak tu Cik Tini. Dia ni mmg ank angkat kesayangan Bonda. Pandai amik hati seluruh family aku. Skrg ni dia byk blajar mcm2 resepi dari Bonda aku. Kuih Koci & Bubur Kacang tu mmg idea dia la. Ekekeke.

JANGAN TAK LIHAT
Laksa Johor 4 tangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan