Aku beli Istana Idaman ni atas berkat usaha & keinginan aku sirik. Tak ada seorang pon dari ahli keluarga aku yg tahu psl pembelian Istana Idaman aku ni. Dari pengurusan pembelian dgn developer, bank & lawyer, semuanya diuruskan sendiri tanpa bantuan keluarga. Aku mmg suka low profile dlm kalangan family. Aku tak suka cerita pasal kebendaan pada keluarga. Biarlah pandangan mereka terhadap aku biasa2 seperti insan yg tak punya apa2. Even jawatan pekerjaan aku pon aku rahsiakan. Ada yg kata aku ni kerani jerk. Hahahaha.
Istana ni mmg pegangan bebas. So, mmg tak ada had tahunan. Aku beli atas lot tanah antarabangsa & bukan bumiputera. Kalu beli lot tanah antarabangsa byk kelebihannya. Aku bebas utk menjualnya kepada orang Melayu & bukan Melayu dgn harga yg lebih mahal dari harga belian.
Soal Bank, aku buat pinjaman dgn CIMB Islamic bank sebanyak 90% dari harga rumah. Kalu nk diikutkan aku boleh dapatkan 100% pinjaman dgn menaikkan harga rumah. Tapi aku menolak sbb aku tak mahu terbeban dgn hutang yg byk. Hutang rumah ni pon dah berharga lebih setengah juta (RM 570K++) utk di langsaikan selama 30 tahun. Insurans rumah hampir RM10K++. 10% dari harga umah aku bayar melalui EPF. Dah 2 kali aku kuarkan akaun 2. Ekekeke. Setiap bulan aku kena bayar hampir RM1K. Ekekeke. Walau pon agak mahal tp ianya pelaburan mberi pulangan yg mahal juga. Satu masa nti harga Istana Idaman aku akn mencecah jutaan ringgit sbb kawasan tu akan makin membangun. Ekekeke.

Soal Lawyer pon beres gak. Kalu nak cepat beres kena lah ada hubungan yg baik2 gak. Lawyer perumahan tu Asiah & Hisam yg tletak kat Skudai. Developer plak Harta Plus Realty Sdn Bhd yg terletak kat Bandar Pulai Jaya.
Dalam Istana Idaman aku pula lengkap dgn 4 bilik tidur, 4 bilir air, 1 ruang dapur & masih boleh expand skit. Tapi lebih elok buat sidai baju & letakkan pasu bunga aku. Ekekeke. Lengkap dgn tiles. Luas ke siling pon tinggi boleh tambah lagi setingkat. Bawah tangga juga tmpt store bertutup.
19 Julai 2009, lepas jumpa customer aku & Tini pegi bersihkan Istana Idaman ku. Walupun penat tapi aku puas & heppi. Ekekekeke.
Ni lah ruang tamu.

Bilik Store bawah tangga
Ruang Dapur
Bed room utk tetamu di ground floor. Cik Tini kite tgh sibuk godeh kunci pintu. Ekekeke.Master Bed Room

2nd & 3rd bed room
Tak perlu berebut bilik mandi & tandas yg berasingan
Sesuatu yg aku blajar ari ni.. Jangan jadi seperti telur rebus yg makin lama di rebus isinya semakin keras & tak sedap... tapi jadilah seperti daun teh yg semakin direbus semakin lembut daunnya dan mampu mengubah warna air rebusan tersebut malah jika diminum sedap pula rasanya. Seperti telur, ia tak mampu mengubah sekelilingnya tetapi daun teh mampu mewarnai sekelilingnya. Allah tidak akan mengubah hidup sesuatu kaum jika kaum itu tidak berusaha mengubahnya. Jadi la manusia yg mampu merubah sekeliling & bknnya berubah kerana sekeliling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan