Mati Hidup Semula

Pengalaman masuk hospital & operation kali pertama mmg something yg mengerikan dlm hidup aku. Arghhh! Aku tak mahu mengulanginya lagi. Cukup la, biarlah ianya berlaku sekali seumur hidup. Mungkin juga aku insan terpilih utk merasai semua dugaan tu. Apa2 pon aku bersykur sbb dpt melaluinya ketika usia masih muda yg akn membuatkan aku beringat saat2 sukar itu sampai bila2, sentiasa menjaga kesihatan diri & bersedia tentang apa jua kemungkinan.

Segalanya bermula 30 April 2007 lepas kerja, aku da rase tak selesa sbb 2 minggu demam jerk. Then aku buat medical check up. Melalui X-ray kali pertama doktor dah dapat trace penyakit aku. Then 2 May 2007 buat CT Scanning. X-ray tu lagi details. Doktor bg tahu sakit aku tu boleh sembuh melalui operation. 2 in 1 operation. Arghhh!! Macam2 dugaan gak la masa tu antara Insurans & pihak syt. Malas aku nk igt saat tu lg. Menyakitkan hati! 3 May 2007, kena puasa. 4 May 2007 lepas Asar aku Operate dan sedar sebelum Maghrib. 7 May 2007, kuar spital. 21 May 2007, masuk office. Argghhh!!

Spjg aku sakit & masuk spital ni, tanpa pengetahuan parent aku. Aku tak mahu diorg risau. Sampai skrg pon diorg tak tahu. Aku suruh adik beradik rahsiakan perkara ni. Aku dah biasa berdikari tanpa menyusahkan family. That is me!

Tahun 2007 mmg tahun jalan2 melawat hospital kot utk family aku. Memula ayahanda, lepas tu Kekanda Ipar (Abg Aim), anak sedara aku (Wan) & aku sendiri. Argghh!! Tak sangka aku pulak dimasukkan lepas 2 minggu jaga Ayahanda di hospital. Hanya aku & anak saudara aku (Wan) yg kena operate. Kekanda Ipar (Abg Aim) aku meninggal dunia pada 21 November 2007 & Ayahanda meninggal dunia pada 17 Disember 2007.


Muka seposen jerk. Tak suka tinggal kat spital.

Terlantar kat katil spital.

Masa ni menanti utk operation. Sehari suntuk aku kena puasa. Muka senyum tapi tuhan je tahu camne perasaan aku masa tu. Kat notepad tu aku tulis macam2 utk motivate diri aku. Takut punya pasal la tu. Ekekekeke.

Dah start masuk oksigen. Rase berjerebu jek. Ekeke.

Kat operation theatre ni la aku kena operate. Amik masa lebih kurang hampir 2 jam. Dalam bilik tu aku rase mcm berada dlm movie star wars. Ekekeke. Pakar masuk bius kat tgn aku. Mata yg celik tetiba je pejam. Tiba2 nama aku dipanggil byk kali. Sedar2 je aku kena bernafas melalui mulut. Arghhh! Terseksa rase 3 hari tak boleh bernafas spt biasa.

Sejambak bunga hadiah dari pihak hospital.

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Mudahan segala dosa aku terhapus spt dilahirkan semula. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan