Back To School

Back To School. Huhuhu. Sampai sekarang aku masih simpan name tag yg aku pakai semasa sekolah menengah. Ekekeke. Segala kenangan semasa sekolah menengah mmg tak akn dpt aku lupakan sampai bila2. Andai dapat diputarkan waktu mesti banyak kesilapan yg nak aku nak perbetulkan tapi sejarah tak akan berulang sebab hidup sebagai remaja hanya akan dirasai seumur hidup. Tapi apa2 pon aku tetap bersyukur dgn takdir yg diberi pada aku hari ni.
Ni gambar kelas aku masa tingkatan 4 Amanah. Cuba teka mana aku? Ekekeke. Cikgu tingkatan aku nama dia Yeoh Sey Lee. (masih kuat lagi ingatan aku) Ekekeke. Dalam kelas aku ni majoritinya Cina. Hanya 7 org shj yg Melayu. Aku, Zura, Mahathir, Yus (Azrin, Shima & Umi tiada dlm gambar). Bersaing dgn pelajar Cina ni mmg mencabar la.

Masa aku kat sekolah menengah, aku mmg aktif dlm kelab terutamanya kelab bimbingan & kaunseling. Jawatan aku masa tu hanyalah penolong setiausaha (seksateri la konon) hahahaha. Guru kaunseling aku nama dia Cikgu Ahmad Bin Talib (duduk kiri pakai tali leher). Sebelah dia tu pengetua aku, Cikgu Haji Fadzil.

Yeah! We did it! We made it through high school ALIVE! Ekekeke. Gambo ni masa aku masuk persatuan Taekwondo WTF. Masa ni belt aku tertinggal kat umah so terpaksa la pakai white belt. Masa ni aku pakai blue tips belt. Jom fighting dgn aku. Huhuhuhu. Masa sekolah aku suka aktiviti lasak & ganas. Ekekeke.

Aku jugak aktif dalam persatuan Bulan Sabit Merah. Ekeke. Tu gambo aku dgn kawan baik aku masa sekolah. Aku juz call dia Lela.


Zaman remaja aku seperti remaja2 lain gak. Kalu tak ada apa2 aktiviti aku lebih suka mhabiskan masa di rumah. Aku bkn seorang yg suka membuang masa melepak tak tentu hala. Biasanya aktiviti yg aku buat bersama kawan2 berkaitan dgn kelab @ persatuan. Aku masih igt lg, masa tingkatan 5 aku sibuk dgn kerja2 belakang tabir utk pertandingan teater tema Anti Dadah antara sekolah. Aku lah yg reka probs, warddrop (betul ke aku eja? Malas nak bkk kamus besta.. hehehehe) & sound system.


Satu lagi pengalaman manis yg masih segar hingga kini bila aku dilantik utk jadi DJ radio sekolah. Hahaha. Semua sound system & music aku yg prepare sendiri. Terima kasih Cikgu sbb beri aku kepercayaan & pengalaman ni. Sebenarnya aku pernah juga bercita2 nak jadi DJ tapi mungkin ianya sekadar angan2 masa sekolah (Syahdu nihh!!!.. Huhuhu).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan