Sebalik Mata Pena

Sejak kecik aku mmg suka kumpul pen. Sekarang ni da beratus2 pen yg aku masih simpan. Dari hari ke hari jumlah pen aku semakin bertambah. Aku tak suka buang pen walupun dakwatnya dah habis digunakan. Aku akn simpan sebagai kenangan. Minat mengumpul pen ni bermula sejak 1 peristiwa. Peristiwa aku dimarah oleh Ayahanda hanya kerana sebatang pen jenama Parker. Masa tu aku masih kecik. Dalam mentaliti aku waktu tu menganggap semua benda disekeliling tu sebagai mainan. Apa2 brg pon aku akn buat main termasuklah senduk, periuk & mesin jahit Bonda aku. Kalau boleh semua benda aku nak transformasikan. Ekekeke.

Disebabkan sikap nakal aku yg suka main semua benda, jadi Ayahanda anggap kehilangan Pen Parkernya tu adalah angkara aku. On that time Ayahanda cukup marah kat aku. Tu lah kali pertama aku kena marah seolah2 aku dah lakukan jenayah paling besar. Bila cari punya cari rupanya ayahanda tersalah simpan. Dia nak sorok dari aku gaknya then sendiri lupa. Hahaha.

Sejak peristiwa tu aku selalu nekad nak tunjuk kat Ayahanda yg aku mampu memiliki pen sebaik dia. Dan bermulalah koleksi & hobi aku mengumpul pen. Walaupun Ayahanda dah tak ada lagi tapi aku tetap teruskan koleksi & hobi ni. Aku ni shopaholic, shoping hanya sebatang pen pon dah buat aku rasa hepi. Ekekeke.

Pen ni dari Japan. Dalam 1 pen ada pen colur biru, merah, hitam & juga pensel. Unik kan?




















Laman Utama / Layar Bahtera / Penanda Buku / Oh! Wayang / Kunci Hati Ku / Terbang Ke Awan / Sebalik Mata Pena / Setajam Mata Pensil / Akademi Fantasia / 14 Julai / Selagi Mampu Melangkah / Idola Ku / Laman Hijau / Demi Masa / Dari Kaca Mata / Bijak Bestari / Simpan Segalanya / Like No Other / Just Do It / Sekecil Tapak Kaki / Ring! Ring! Ring! / Gila Bola

Tiada ulasan:

Catat Ulasan