
Sebelum ni aku ada cerita pasal camera pertama yg pernah aku miliki. So, skrg aku nk cerita pasal camera yg seterusnya. Camera kedua yg aku miliki adalah pemberian abang aku. Jenama canon yg dibeli semasa abg aku bertugas di Japan. Aku pon tak sangka dia nk belikan camera. Katanya di Japan camera yg dijual dalam kaca di Malaysia tapi dijual gantung2 je kat Japan. Camtulah bezanya teknologi Japan & Malaysia yg jauh ketinggalan bertahun lamanya.
Ada cerita yg agak lawak gak la pasal camera ketiga. Camera tu aku dah lupa jenama apa tapi dapat free sebab beli pinggan mangkok. Ekekeke. Camtu pon leh. Satu masa tu ada org datang umah jual 1 set pinggan mangkok tapi percuma kamera. Aku provoke mak aku supaya dia beli. Aim aku cuma nak camera jerk. Hahahaha.Last2 mak aku beli walupun kat umah dah byk pinggan mangkok. Ekekeke.
Camera keempat aku jenama kodak. Kecik je saiznya. Qualiti gambar pon ok. Camera tu aku kasi kawan aku pinjam tapi sampai skrg tak pulangkan. Kawan aku tu pun menghilang ntah ke mana. Tapi tak apalah mungkin bukan rezeki aku.
Kembali ke << Princess Diary
Tiada ulasan:
Catat Ulasan