07 Oktober 2009 - Alamak gambar gelap

Apa yg korang akan rasa kalu gambar yg korang ambil tetiba gelap? Ekekeke. Jgn tak percaya, even profesional fotographer pon akan berada dlm situasi begini. Tapi jgn risau, korang masih boleh menyimpan kenangan dlm gambar itu walupun gambarnya gelap. Apa lawan bagi gelap? Sape dpt jawap? Ekekeke. Dah tentulah cerah Cikgu! Pandainyeee! Ekekeke.

Malam ni aku dpt lagi satu teknik photography iaitu mencerahkan gambar yg gelap. Notes : Layer > New Adjustment Layer > Levels. Atau boleh juga guna Setkan mode layer dari Normal kepada Screen, dan akan dapat lihat perbezaan.
Masih nampak kekuningan pada gambar? tiada masalah, teruskan langkah bagi mengurangkan kekuningan pada gambar. Copy layer Background asal, kemudian merge layer Background copy 2 anda dengan layer Background copy yang telah setkan “screen” pada layer tersebut. Selepas itu merge (CTRL+E atau pilih pada Layer > Merge Down) layer ’screen’ anda kepada layer yang telah anda copy sebentar tadi.
Setelah selesai, kita hilangkan kekuningan pada gambar dimana apa yang kite lakukan, pergi ke Images > Adjustment > Color Balance. Setkan level kod “Blue” kepada 70 serta setkan “Highlight” seperti contoh pada gambarajah dibawah ini.
Perhatikan perbezaan gambar di bawah ni betul2. Aku gunakan gambar Azid sebagai model tak berbayar aku. Ekeke. Apa2 pon thanks pada Azid & N sebab sudi jemput aku datang raya. N siap apply half day utk masak2. Hahaha. So, byk gak gambar yg aku ambil masa kat umah N sebagai latihan utk aku. Ekeke.

Gambar sebelum

Gambar Selepas

Begitu juga dgn Cik Lily kita. Ekekeke. Jgn marah ye Cik Lily sebab aku menggunakan Cik Lily sebagai salah seorang model tak berbayar aku dalam blog aku ni. Wakakaka. Apa2 pon terima kasih juga pada Cik Lily sebab sudi gak jemput aku beraya. Di rumah Cik Lily aku byk belajar pasal lighting. Dan bila aku balik rumah aku buat research.

Gambar Sebelum

Gambar Selepas

Kata-kata pujangga aku hari ni, Belajarlah dari pengalaman kerana pengalaman mampu mematangkan fikiran dan belajarlah dari kegagalan kerana sesungguhnya kegagalan itu adalah guru yg terbaik.

Kembali << Princess Diary

Tiada ulasan:

Catat Ulasan