17 November 2009 - Makna kehilangan

Hari ni 17 November 2009, skrg jam di komputer menunjukkan kul 11 Malam. Aku masih mengadap komputer sementara nak habiskan load gambar Naza ke web supaya dpt memudahkan dia download dari KL bila2 masa shj.

Tiba2 ingatan aku berputar kembali pada satu perbualan dgn kawan lama yg dah lama kami tak bersama. Bagi aku di sini, walau kita tak mesra seperti dulu namun aku tetap ada hati & perasaan utk mengikuti perkembangannya walaupun dikejauhan. Sembang petang yg ada, kami bercerita & aku cuba utk memahami kesedihan yg dia alami kerana pemergian ibu & ayahnya ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah haji.

Aku mengenali ayahnya kerana kami pernah bekerja satu bumbung. En Ramli yg aku kenal adalah seorang yg peramah & amat mengingati nama aku. Setiap kali kami berselisih pasti akan ditanyakan khabar aku. Aku doakan semoga En Ramli & isteri selamat pergi & balik dalam keadaan kesihatan yg baik. Dan doa aku semoga mereka mendapat haji yg mabrul & memakbulkan doa2 yg terhimpun.

En Ramli mengingatkan aku pada Arwah Abah. Aku juga pernah di tinggalkan oleh Abah & Mak ketika aku berusia 10 tahun. Mereka pergi ke Mekah mengerjakan haji. Bagi aku yg masih kecil ketika itu, apalah yg aku mampu. Aku hanya tahu meratap & menangis. Peristiwa itu juga mengajar aku untuk menjadi manusia yg matang. Namun perpisahan aku dgn Abah & Mak hanya sementara. Mereka kembali ke pangkuan keluarga & menjalani kehidupan seperti biasa.

Skrg aku semakin dewasa utk memahami maksud perpisahan yg sebenar. Tahun 2007 menguji mental & fizikal kerana perginya Abah menghadap Ilahi. Kali ini perpisahan itu bukan lagi sementara tapi selamanya. Kini aku bukan sahaja mengenali erti perpisahan tapi kehilangan.

Aku masih ada Mak. Namun tak ada apa yg kekal di dunia ini. Pertemuan itu pasti & perpisahan itu adalah mutlak. Persoalan lebih besar adalah apa akan jadi dgn diri aku sekiranya giliran Mak pula dijemput Allah ke sisinya? Apa2 pon aku tetap berdoa biarlah Mak yg pergi dulu sebelum aku sebab sebagai anak aku ingin sempurnakan dia hingga ke akhirnya. Dan menghimpunkan seberapa byk doa mengiringi pemergiannya kerana sememangnya itulah impalan yg dia harus dapat kerana melahirkan aku. Bukankah kewujudan anak utk mendoakan ibu bapa samada masih hidup @ sudah meninggal dunia?

Tak lama lagi akan menjelangnya Aidiladha. Aidiladha juga mengingatkan aku betapa sedihnya aku kerana tidak dapat menyambut Aidiladha bersama Abah utk kali terakhir kerana Abah meninggal 2 hari sebelum Aidiladha. Aku bukan shj akn bersedih ketika takbir raya itu bergema namun azan maghrib yg hari2 dilaungkan juga buat aku pilu sebab ketika azan maghrib bergema itulah roh & jasad Abah terpisah.

Makna kehilangan mengajar aku utk mhargai org2 sekeliling yg masih menemani ku di saat ini. Aku ingin melakukan apa jua yg terbaik utk mereka selagi nafas ku masih belum terhenti.

Kepada mereka yg sedang melalui perpisahan sementara anggaplah ia sebagai satu latihan sebelum menghadapi perpisahan yg membawa kepada kehilangan selamanya. Sekurang2nya anda masih ada masa utk berfikir dlm merencanakan kehidupan seterusnya. Jadi renung2 kan!

2 ulasan:

  1. setuju2.... kiter yg dah kehilangan je tau maksud kehilagan tu sendiri.. ** tetibe sediy jek**...

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana memahami...

    BalasPadam