17 Disember 2009 - Genap 2 tahun Ayahanda pergi

Hujan di luar sana masih belum berhenti, begitulah juga seperti tangisan yg pernah mengiringi pemergian arwah Abah 2 tahun yg lalu. Hari ni 17 Disember datang lagi mengingatkan aku pada arwah Abah yg dikasihi. Kalau lah Abah masih hidup pasti dia dapat melihat perjalanan hidup aku sekarang ni. Aku bukan sahaja kehilangan jasadnya malah doa-doanya jua.

Dulu Abah selalu mendoakan kejayaan aku. Setiap kali aku nk amik exam pasti dia akan buatkan solat hajat utk aku. Setiap kali aku berjaya mendapatkan sesuatu pasti dia akan bersalaman dgn aku sambil mengucap tahniah atas kejayaan aku itu. Tapi sekarang tiada lg doa-doa utk ku. Yang tinggal hanyalah perasaan cemburu org terhadap aku hingga aku menuju ke arah kehancuran. Pemergian Abah bermakna aku hilang tempat bergantung, aku hilang tempat meluah rasa suka & duka, aku hilang tempat aku nk bercerita dan aku hilang seorang teman sejati sepanjang usia ku.

Aku doakan semoga roh Abah tenang selalu & dimasukkan ke dlm syurga bersama org2 yg beriman. Amin.

Hari ni Cik Tini masak laksa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan