03 Oktober 2009 - Raya di Permas Jaya

Hari ni aku buat open house kecilan jerk utk budak opis. Style aku kalu buat open house mmg tak suka buat sekali je & jemput ramai2 sebab rumah aku kat Permas Jaya ni kecik jer & lagi satu sebab kalu jemput ramai2 nanti tak terlayan @ tak privacy. Bagi aku better group by group so kita lebih mesra. Mcm tahun lepas group family aku, group budak opis, group family Azah, group kawan rapat. So 4 kali aku buat open house kecilan. So, sepanjang raya akn sentiasa ada org datang umah. Harap2 murah la rezeki. Amin.

So, menu kali ni bukan katering tapi masak sendiri. Aku & Cik Tini sepanjang hari dari pagi ke petang menyiapkan juadah. Ini lah kali pertama kami ada keyakinan utk menjamu org makan hasil tangan sendiri. Ye la kan sampai bila asik nak katering jerk. Walupun penat tapi aku rase hepi. Rumah ni rasa sejuk & lapang dgn kehadiran tetamu. Juadah kali ni soto ayam siap dgn begedil, ketupat palas & kuih raya. Alhamdulilah tgk tetamu pon berulang makan. So, penat lelah kami terbayar juga dgn kepuasan melihat mereka makan byk.

So bagi sapa2 nak datang raya kat umah aku sila lah datang. Rumah sentiasa terbuka untuk tetamu. Beri tahu saja bila yg free insyaallah adalah rezeki.
Hasil kretiviti aku, ikat jug dgn sapu tangan lelaki. So nmpk lain & elegant. Biasanya kalu kat hotel mereka ikat jug pakai napkin.

Ketupat Palas

Ketupat Mini

Rendang daging

Begedil

Kembali ke >> Princess Diary

Tiada ulasan:

Catat Ulasan